Sabtu, 10 Desember 2011

TAZKIYATUN NAFSS




Tazkiyatun Nafss..


Jika dirimu bertanya;' ..apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua bahagian:


1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)
2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).


Langkah Menuju ALLAH..


..mulailah dengan sabar sehingga dirimu mampu melangkah dengan redha..Akhirnya, dirimu akan memahami kehendak ALLAH kepadamu..


Kemesraan ALLAH..


"jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengannya"
(Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli )


Takutkan ALLAH..


Memetik kata-kata Al Hafiz Sakhnawi;
'...tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu, melainkan setelah aku persiapkan jawapanku di hadapan ALLAH SWT kelak..'




http://renunganbimo.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar